Mayat ditemukan Rimba Terjun - Utusan Malaysia

Mayat ditemukan Rimba Terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 29  Mei – Lelaki yang terjatuh ketika menaiki bot dalam perjalanan ke Pulau Pisang dari Pontian Besar pagi semalam ditemukan di Pantai Kampung Rimba Terjun, di sini pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Operasi, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Leftenan Muda Mohamed Ghafar Qashny Abd. Rahim berkata, mayat Ab. Rashid Padang, 58, ditemukan pukul 9.50 pagi oleh ahli keluarganya yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, mayat dibawa ke jeti Nelayan Pontian Besar sebelum dihantar ke Hospital Pontian (HP) untuk bedah siasat.

Selain APMM, operasi yang disambung semula  pagi ini turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam  Malaysia (APM) serta nelayan yang dikenali dengan Team Ku Kenal.

Sebelum itu Abdul  Rashid ketika kejadian menaiki bot dalam perjalanan ke Pulau Pisang untuk mengambil buah-buahan di dusun milik keluarganya kira-kira  6 batu nautika di Pantai Pontian Besar sebelum dipercayai terjatuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini