Mat Sabu mulakan tugas rasmi - Utusan Malaysia

Mat Sabu mulakan tugas rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mohamad Sabu atau ‘Mat Sabu’ memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Pertahanan di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu tiba di bangunan berkenaan pada pukul 9.30 pagi sebelum mengetip kad kehadiran tepat pukul 9.40 pagi.

Mohamad menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama di Padang Kawad, Dataran Wisma Pertahanan sebelum diperkenalkan kepada pegawai kanan awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau selepas itu menghadiri perjumpaan tertutup bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di pejabatnya di tingkat 5.

Mohamad bersama 13 menteri kabinet lain melafazkan ikrar sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN