Mat Sabu ambil langkah tegas - Utusan Malaysia

Mat Sabu ambil langkah tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi me­nyiasat secara rapi dan terpe­rinci dakwaan skandal berkaitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk isu pembelian dua buah kapal selam Scorpene.

 

Kedua-dua kapal selam itu dibeli daripada Perancis pada tahun 2002 pada harga RM2.1 bilion.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, perbincangan mengenai pemilihan ahli jawatankuasa siasatan berkenaan akan dibincangkan bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan barisan anggota Kabinet lain.

“Kita akan bincang dengan Perdana Menteri dan menteri Kabinet lain mengenai nama-nama bagi mengisi jawatankuasa itu dan ia akan diumumkan kemudian.

“Bagaimanapun, sudah tentu individu dalam jawatankuasa tersebut terdiri orang yang berpengalaman, berwibawa dan lebih arif dalam bidang siasatan,” katanya kepada pemberita dalam temu bual eksklusif bersama tiga agensi media tempatan di Wisma Pertahanan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN