KUALA LUMPUR 24 Mei – Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi akedemi 2018/2019 yang membuat permohonan melalui UPUOnline tetapi gagal mendapat tempat untuk menyambung pengajian mereka di institusi-institusi pengajian awam dan Politeknik Premier kini boleh mengemukakan rayuan melalui kaedah yang sama.
![]() |
|
Esok hari terakhir rayuan
|
Rayuan adalah untuk kemasukan universiti awam (UA) dan Politeknik Premier sahaja manakala rayuan untuk ke Politeknik Konvensional, METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, tidak boleh membuat rayuan menerusi UPU Online.
Sebaliknya mereka dikehendaki memohon terus kepada agensi-agensi yang berkaitan.
Manakala pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu dibuka, bermula pada 21 Mei lalu sehingga esok.
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU dengan masuk ke pautan http://upu.mohe.gov.my dan terdapat enam langkah atau kaedah untuk mengemukakan rayuan iaitu perayu perlu menyemak syarat, masukkan nombor kad pengenalan, kata laluan, pilih dua program yang ingin diikuti, klik sah dan hantar serta cetak slip permohonan.
Rayuan dibuka mulai pukul 12 tengah hari dan ditutup pada 25 Mei, esok, 11.59 malam. – UTUSAN ONLINE











