Masih ada harapan - Vivian Hoo - Utusan Malaysia

Masih ada harapan – Vivian Hoo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 21 Mei – Kekalahan 2-3 kepada Indonesia menyempitkan peluang Malaysia untuk mencari tiket suku akhir Piala Uber, namun selagi saingan belum berakhir, pemain negara enggan mengibar bendera putih.

Gagal mendapatkan kemenangan daripada aksi pembukaan Kumpulan D itu bermakna, Malaysia kini wajib mengalahkan juara 14 kali, China pada perlawanan kedua esok jika mahu meneruskan cabaran.

Melihat kepada prestasi, sejarah, rekod dan statistik, ia ibarat misi mustahil, namun bagi pemain beregu negara, Vivian Hoo apa sahaja boleh berlaku dalam acara berpasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menentang China memang sukar tetapi cabaran harus diteruskan dan kami kena turun berjuang.

“Dari kami hendak curi mata? Sukar untuk katakan…ia terbuka buat semua orang, siapa yang bermain baik mungkin boleh melakukan kejutan,” kata ketua pasukan negara itu.

Malaysia mempamer semangat juang tinggi di Impact Arena hari ini, malah mendahului 1-0 menerusi Soniia Cheah yang menewaskan Fitriani Fitriani 10-21, 21-17, 21-14 dalam perseorangan pertama.

Pemain muda negara, S. Kisona juga mencuri tumpuan apabila mengutip mata dalam perseorangan ketiga selepas mengalahkan Ruselli Hartawan 21-23, 23-21, 21-13.

Bagaimanapun kekalahan yang dialami beregu pertama, Goh Yeah Ching-Lee Meng Yean, perseorangan kedua, Goh Jin Wei serta beregu kedua, Vivian-Chow Mei Kuan meranapkan peluang Malaysia.

Yeah Ching-Meng Yean tewas 13-21, 14-21 kepada Greysia Polii-Apriyani Rahayu, Jin Wei tunduk 20-22, 16-21 di tangan Gregoria Mariska Tunjung sebelum Vivian-Mew Kuan akur dengan dengan kekalahan 22-24, 22-20, 12-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN