Marvel terbit filem adiwira Muslim - Utusan Malaysia

Marvel terbit filem adiwira Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 15 Mei – Marvel Studio sedang dalam pembikinan menghasilkan sebuah filem baharu berasaskan adiwira Muslim, Ms. Marvel.

Bagaimanapun menurut laporan BBC, filem itu bukan yang pertama menampilkan wanita sebagai pene­raju filem Marvel Studio ketika aktres Brie Larson bakal tampil dalam francais Captain Marvel pada 2019.

Penerbit Avengers Infinity War, Kevin Feige berkata, mereka sedang memfilemkan filem Ms. Marvel.

Jelas beliau, Ms. Marvel merupakan satu karakter lain dalam buku komik Marvel yang diilhamkan daripada Cap­tain Marvel.

“Kami mempunyai rancangan ke arah itu sejak kita memper­kenalkan Captain Marvel kepada dunia,” katanya.

Dalam buku komik Marvel, Ms. Mar­vel digambarkan sebagai seorang remaja Amerika-Pakistan dari New Jersey bernama Kamala Khan.

Namun, masih belum ada lagi keputusan tentang siapa yang akan melakonkan watak Kamala Khan de­ngan aktres Priyanka Chopra di­sebut-sebut bakal mengisi tempat itu.

Aktres itu telah pun me­nyum­bangkan sua­ranya dalam karakter pada permainan video Marvel: Aven­gers Academy.

Malah beberapa peminat aktres itu menyokong Chopra melakonkan watak itu ketika terdapat pendapat yang mencadangkan watak Kamala Khan dipegang rakyat Amerika-Pakistan berbanding India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×