KUALA LUMPUR 10 Mei – Malaysia merupakan antara negara yang berjaya mencapai sasaran kos kiriman wang yang rendah bagi institusi bukan perbankan sekali gus memenuhi sasaran ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurut Pengarah Jabatan Pengawalan Perniagaan Perkhidmatan Wang Bank Negara Malaysia (BNM), Nik Mohamed Din Nik Musa, setakat akhir tahun lepas ia berkurangan kepada 2.96 peratus berbanding 12 peratus pada 2006. Katanya, bank pusat melaksanakan pelbagai strategi dalam mencapai sasaran…










