Malaysia muktamad batal HSR - Utusan Malaysia

Malaysia muktamad batal HSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia telah membuat keputusan muktamad untuk memba­talkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil kerana projek berkenaan tidak memberi manfaat kepada negara.

“Itu (keputusan menamatkan projek) adalah keputusan akhir. Kita ada perjanjian dengan Singapura, saya diberitahu RM500 juta, saya perlu jelaskan di sini, ia tidak beri manfaat.

“Tidak ada keuntungan daripada projek itu. Ia hanyalah trek yang pendek. Kita perlu cakap dengan Singapura tentang hasrat kita untuk membatalkan projek tersebut,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PPBM dekat sini semalam. 

Turut hadir Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terdahulu, Mahathir dalam wawancara dengan akhbar The Financial Times berkata, kerajaan akan membatalkan projek HSR bernilai RM100 bilion kerana tidak memberi pulangan kepada negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN