KUALA LUMPUR 31 Mei – Saman fitnah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadap bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung dakwaan kewujudan ‘pakatan sulit’ (perjanjian rahsia) antara Lim Kit Siang dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Hakim Datuk Nordin Hassan dalam keputusannya memberikan alasan bahawa dua kenyataan Tunku Abdul Aziz itu tidak memfitnah Mukhriz. Katanya, Mukhriz gagal membuktikan…