Laluan Pan Borneo Jalan Donggongon-Papar Spurs tutup, cerun runtuh

Laluan Pan Borneo Jalan Donggongon-Papar Spurs tutup, cerun runtuh

KEJADIAN cerun runtuh menjejaskan laluan lebuh raya Pan Borneo Kota Kinabalu-Papar, Jalan Donggongon-Papar Spurs terpaksa ditutup hari ini. - UTUSAN/HARDY JOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebahagian laluan Lebuhraya Pan Borneo Kota Kinabalu-Papar di Jalan Donggongon-Papar Spurs ditutup sepenuhnya hari ini berikutan kejadian cerun runtuh awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, runtuhan dipercayai berpunca daripada hujan lebat menyebabkan laluan dipenuhi tanah dan lumpur, sekali gus menghalang pergerakan kenderaan dari kedua-dua arah.

Pihak konsesi segera memasang papan tanda amaran serta menutup laluan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.  Sementara itu, tinjauan mendapati kerja pembersihan lokasi kejadian dipercepatkan menggunakan beberapa jentolak dari kedua-dua arah.

Lorong sementara akan dibuka bagi membolehkan kenderaan ringan melalui kawasan berkenaan.

Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif sehingga keadaan pulih sepenuhnya dan orang ramai juga diingatkan agar lebih berhati-hati ketika memandu terutama dalam keadaan hujan yang meningkatkan risiko tanah runtuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×