Cerun runtuh: Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis ditutup - Utusan Malaysia

Cerun runtuh: Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis ditutup

JALAN Tampin- Kuala Pilah-Manchis, di Kuala Pilah ditutup bermula pukul 11.30 pagi tadi berikutan terdapat cerun runtuh di laluan berkenaan.-UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis  (FT 009 Seksyen 7.3) di sini ditutup bermula pukul 11.30 pagi tadi berikutan terdapat cerun runtuh di laluan berkenaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan hari ini berkata, sehubungan itu pengguna jalan raya dimohon untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Laluan N 115 Jalan Ulu Keru–Air Mawang bagi meneruskan perjalanan ke destinasi.

“Pengguna jalan raya yang bercadang untuk melakukan perjalanan di laluan tersebut adalah dimohon bagi mematuhi papan tanda di tapak dan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan,” kata kenyataan itu lagi.

CERUN runtuh yang berlaku di Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis.-GAMBAR/IHSAN JKR.

Sementara itu, tinjauan ke lokasi mendapati masih terdapat pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.

Difahamkan, terdapat beberapa cerun runtuh yang berlaku di antara laluan Kampung Jeram, Sri Repah, Tampin dengan pekan Air Mawang, Kuala Pilah.-UTUSAN.

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.