Liverpool sambar khidmat Fabinho - Utusan Malaysia

Liverpool sambar khidmat Fabinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSEYSIDE – Jaguh Liga Perdana England, Liverpool telah menandatangani khidmat pemain tengah AS Monaco, Fabinho dengan yuran perpindahan bernilai £39 juta (RM207 juta) awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumlah tersebut tidak termasuk tambahan bonus yang dianggarkan bernilai £4 juta (RM21 juta) yang melibatkan penampilan serta kejayaan pasukan.

Pemain berusia 25 tahun kelahiran Brazil itu mengakui sangat teruja dan tidak sabar untuk beraksi bersama The Reds selepas menandatangani kontrak jangka panjang.

“Saya mahu membantu pasukan ini mencipta sejarah baharu pada musim depan. Saya turut berharap dapat meraih pengalaman berharga kerana bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan saingan bola sepak di England,”” katanya

Perpindahan tersebut hadir kurang 48 jam selepas The Reds tewas 1-3 kepada Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara di Kiev, Ukraine pada Ahad lalu. – Agensi
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini