KUALA LUMPUR 15 Mei – Lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa pada 18 Jun ini.
![]() |
|
|
Pengarah Penyelaras Operasi Merangkap Penasihat Kepolisan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zamri Yahya akan ditukarkan ke Bukit Aman bagi menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan).
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Hussain @ Abd. Rasid pula bertukar sebagai Timbalan Ketua Polis Perak.
Menurut beliau, tugas Razarudin akan diambil alih oleh Datuk Omar Mammah.
“Juruiring kepada Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri pula akan bertukar ke Ketua Urus Setia, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.
“Selain itu, turut bertukar iaitu Juruiring kepada Timbalan Perdana Menteri, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Nasaruddin M. Nasir yang akan bertugas sebagai ACP (Kepolisan Am) Unit Tindakhas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyaatan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











