KOTA KINABALU 29 Mei – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sebuah loji Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Jalan Teluk Likas, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Sharif Zul Basil Sharif Banin, 39, dipercayai terjatuh semasa mengikuti dua rakannya yang memukat di loji berkenaan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan…










