Lelaki dipercayai lemas di Air Terjun Lata Hammer - Utusan Malaysia

Lelaki dipercayai lemas di Air Terjun Lata Hammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 15 Mei – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di Air Terjun Lata Hammer di Batu 7 Jalan Lama Bentong dekat sini hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikatakan hilang dibawa arus deras ketika mandi di air terjun berkenaan  kira-kira pukul 9.45 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bentong pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×