KUALA LUMPUR 16 Mei – Lebih 100 pengamal media tempatan dan asing memenuhi pekarangan Unit Kemasukan Pesakit di Hospital Reheabilisasi Cheras di sini hari ini. Mereka mula berkumpul sejak pukul 7 pagi bagi menunggu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawalan keselamatan dilakukan di pintu masuk hospital termasuk kenderaan yang memasuki kawasan itu. Bagaimanapun, penyokong Anwar hanya dibenarkan…










