KWSP suri rumah tidak babitkan caruman tambahan - TPM - Utusan Malaysia

KWSP suri rumah tidak babitkan caruman tambahan – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR 29 Mei – Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah melibatkan dua peratus daripada gaji suami tidak akan membabitkan caruman tambahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebaliknya caruman yang dicadangkan sebelum ini iaitu dua peratus yang akan dipotong daripada 11 peratus caruman KWSP suami.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesahkan akan mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan KWSP pada pukul 3 petang, Khamis ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tak ambil tambahan, kita hanya ambil daripada 11 peratus itu sahaja. Pemotongan itu sebagai penghargaan kepada isteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Lawatan Turun Padang ke Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×