HULU SELANGOR 29 Mei – Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah melibatkan dua peratus daripada gaji suami tidak akan membabitkan caruman tambahan. Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebaliknya caruman yang dicadangkan sebelum ini iaitu dua peratus yang akan dipotong daripada 11 peratus caruman KWSP suami. Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesahkan akan mengadakan…










