KUALA LUMPUR, 29 Mei – Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, luahan bekas pemain ragbi negara, Marc Le dalam bentuk surat aduan kepada kesatuan berkenaan adalah atas permintaannya sendiri. Ia susulan pemain berusia 32 tahun itu bersemuka dengannya bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap barisan kejurulatihan di bawah pimpinan ketua jurulatih, Lee Nyuk Fah sehingga mendorongnya mengundurkan diri daripada mewakili Malaysia pada Kejuaraan Ragbi Asia…










