KEHIDUPAN manusia tidak boleh lari daripada memilih pemimpin. Pemilihan ini dibuat bukan hanya setakat di peringkat organisasi tetapi juga sehingga ke peringkat negara dan antarabangsa. Manusia memerlukan pemimpin sebagai ketua mereka. Tidak kurang juga pemimpin dipilih bagi mewakili mereka seperti mana pemilihan pemimpin dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini. Memilih pemimpin tidak boleh dibuat secara semberono kerana kesannya bukan kepalang. Masyarakat boleh menjadi haru biru dan kacau bilau.…










