KPDNKK ingatkan peniaga mematuhi etika Jakim - Utusan Malaysia

KPDNKK ingatkan peniaga mematuhi etika Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga dalam industri makanan supaya sentiasa menjalankan amalan 
perniagaan yang beretika dengan mengikut garis panduan dan undang-undang yang sedia 
ada ketika bulan Ramadan ini. 

KPDNKK dalam satu kenyataan di sini berkata, pengusaha makanan hendaklah memastikan hidangan yang disediakan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

“Selari dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jakim berkaitan Ramadan, peniaga-peniaga yang menawarkan juadah berbuka puasa dengan mempamerkan iklan-iklan yang menggunakan ungkapan ‘buffet ramadan’, ‘pakej iftar ’ atau seumpamanya, hendaklah memastikan bahawa hidangan yang dihidangkan telah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan Jakim atau JAIN.

“Ini adalah kerana apa-apa ungkapan yang membawa maksud makanan itu halal dimakan oleh orang Islam mestilah terlebih dahulu mendapatkan perakuan halal  daripada Jakim atau JAIN,” ujar kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, KPDNKK tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya penyediaan makanan dan perkhidmatan bercanggah dengan hukum syarak.

“KPDNKK akan menjalankan pemeriksaan berkala sepanjang bulan Ramadan bersama Jakim atau JAIN di premis-premis perniagaan makanan, termasuk bazar dan hotel-hotel yang menyediakan juadah berbuka puasa. 

“Sekiranya penyediaan makanan dan perkhidmatan yang didapati bercanggah dengan hukum syarak, tindakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 boleh diambil,” katanya. 

Justeru, KPDNKK menyeru kepada semua pengguna agar membuat pilihan dengan bijak untuk membeli makanan yang telah disahkan halalnya. Sekiranya dijumpai mana-mana peniaga yang menyalahgunakan ungkapan halal. 

“Pengguna boleh menyalurkan aduan kepada KPDNKK melalui talian 1-800-886-800 atau melalui portal iaitu eaduan.kpdnkk.gov.my atau boleh menghubungi terus ke Bahagian Hab Halal, Jakim bagi mendapatkan pengesahan status halal produk tersebut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×