KP SPRM menangis siasat kes SRC - Utusan Malaysia

KP SPRM menangis siasat kes SRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mengaku mena­ngis selepas mendapat berita pegawainya ditukar dan ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lebih menyedihkan, Mohd. Shukri memberitahu, tindakan ke atas pegawainya itu dilakukan ketika beliau sedang ‘melarikan diri’ ke Washington, Amerika Syarikat (AS) kerana terdapat khabar mengatakan beliau akan ditangkap selepas dituduh sebagai pembelot yang cuba menjatuhkan kerajaan.

“Saya memilih bersara awal selepas pelbagai usaha saya lakukan bersama bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berhubung siasatan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak tidak berhasil.

“Dalam perjalanan ke Washing­ton, saya sengaja menimbulkan cerita bahawa saya akan pergi ke Jeddah, Arab Saudi. Ketika itulah pihak berkuasa Malaysia menghantar red alarm ke Jeddah suruh tangkap saya.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN