KUANTAN 20 Mei – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan semua pihak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seterusnya mengekalkan keamanan yang dinikmati masyarakat berbilang kaum di negara ini. Baginda mengingatkan supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan perasaan kurang selesa dengan bertindak mewujudkan ketegangan dan permusuhan sehingga boleh menjejaskan semangat permuafakatan serta perpaduan dalam kalangan rakyat. “Semua pihak perlu mengetepikan sebarang sentimen dan emosi serta…










