Kerajaan negeri tidak perlu gopoh ubah struktur GLC  - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri tidak perlu gopoh ubah struktur GLC 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan negeri dinasihatkan agar tidak tergopoh-gapah untuk mengambil sebarang tindakan mengubah atau melakukan pembersihan struktur pentadbiran dan organisasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, GLC bukan menjadi satu masalah buat kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan sekiranya ia menunjukkan prestasi yang baik, ia wajar diteruskan.

“Jika Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri PH menganggap ia (GLC) sesuai diteruskan, saya memikirkan bahawa tiada pandangan negatif terhadap perkara itu.

“Apa yang baik daripada pentadbiran dahulu, kita boleh terima namun, di peringkat kerajaan persekutuan terdahulu, terbukti berlaku pembaziran dan pertindihan yang nyata. Pembayaran elaun juga keterlaluan kepada tokoh-tokoh politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan barisan Exco kerajaan negeri Perak di Hotel Kinta Riverfront di sini hari ini.

Menurut Anwar, Menteri Besar dan Exco juga diharap tidak mengambil tindakan bermotifkan dendam atau iri hati yang merupakan satu perkara yang berlawanan dengan semangat tadbir urus kerajaan yang baik.

“Mereka perlu memastikan agar tidak berlaku pembaziran yang memberi manfaat kepada penyokong atau kroni.

“Selain itu, pengauditan juga perlu untuk menentukan sesetengah GLC itu masih relevan atau tidak. Ia merupakan tindakan berterusan dan biar Menteri Besar melakukan kerja mereka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN