Kerajaan Negeri Melaka mansuh jawatan Timbalan Exco - Utusan Malaysia

Kerajaan Negeri Melaka mansuh jawatan Timbalan Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 13 Mei – Jawatan Timbalan Exco akan dimansuhkan sepenuhnya bagi membolehkan Exco memberi fokus terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dalam kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, dengan memansuhkan jawatan Timbalan Exco membolehkan Exco menjalankan tugas masing-masing dengan lebih baik.

Pada masa sama, menurutnya, permansuhan itu juga dapat mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan negeri secara tidak langsung dana lebihan boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih penting.

“Ia (pemansuhan jawatan tersebut) bagi memudahkan mereka (Exco) untuk melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik bagi membantu rakyat sehingga ke peringkat akar umbi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar berhubung perkara tersebut di kediaman rasminya, Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Sementara itu, beliau memberitahu, Exco yang dipilih melibatkan keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan dan kesemuanya akan dinilai daripada pelbagai aspek khususnya kepakaran mereka dalam bidang-bidang yang khusus dalam porfolio berkenaan.

Difahamkan, beliau akan mengumumkan barisan Exco esok, manakala majlis mengangkat sumpah bagi kesemua jawatan itu dijangka diadakan pada Rabu ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×