Keputusan PRU-14: Noh Omar menang kerusi Parlimen Tanjong Karang - Utusan Malaysia

Keputusan PRU-14: Noh Omar menang kerusi Parlimen Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang dengan majoriti 1,970 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau yang juga penyandang kerusi itu menewaskan Zulkafperi Hanapi daripada gabungan pakatan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Pas iaitu Nor Az Azlan Ahmad.

Dalam pada itu, calon BN, Datuk Samsudin Lias berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong.

Sementara itu  berdasarkan keputusan rasmi,  gabungan pakatan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor sehingga pukul 1 pagi tadi.

Gabungan tersebut juga menang di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, Bukit Melawati, Permatang, Semenyih, Lembah Jaya, Seri Kembangan, Jeram, Dusun Tua, Seri Serdang, Bukit Antarabangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×