SIAPAKAH jurubahasa isyarat? Apakah signifikannya mereka ini kepada orang pekak di negara kita? Melihat dan mendengar keluhan orang pekak sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu memberi ruang untuk saya mengangkat isu yang diuar-uarkan dalam media sosial iaitu isu jurubahasa isyarat (JBI) bagi tujuan diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan. Dalam media sosial terutamanya Facebook memaparkan kekecewaan orang pekak (OP) tentang ketiadaan perkhidmatan jurubahasa isyarat yang menjadi jambatan komunikasi kepada…










