Kembali kepada UMNO asal - Khairy - Utusan Malaysia

Kembali kepada UMNO asal – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyeru ahli-ahli parti supaya membina semula dan mengembalikan UMNO kepada semangat asal selepas parti itu serta komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

KHAIRY JAMALUDDIN
KHAIRY JAMALUDDIN

Dalam konteks itu, Khairy berkata, UMNO tidak boleh dilihat sebagai parti yang terpisah daripada rakyat, hanya untuk golongan atasan, tidak kisah soal integriti selain dianggap bongkak dan sombong.

Beliau sebaliknya mahukan UMNO menjadi parti untuk orang ramai.

“Parti yang jaga maruah orang Melayu, yang menjaga kemakmuran bersama kaum-kaum yang lain, parti yang tidak rasis, parti yang benar-benar berjuang untuk semua lapisan masyarakat.

“Untuk kita kembali kepada UMNO yang asal ini, kita mesti melalui perubahan yang besar dalam parti, yang tidak pernah kita fikirkan. Yang kita perlukan hari ini ialah kejujuran yang mendalam, keberanian yang luar biasa dan pengorbanan yang pedih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Ketua Pemuda UMNO sempena ulang tahun UMNO yang ke-72 menerusi laman Facebook, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×