PASUKAN Selangor menyifatkan penangguhan perlawanan ke-11 memberi kelebihan buat para pemain kerana mempunyai waktu rehat yang panjang sekali gus dapat melakukan persediaan rapi bagi berdepan Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini. Skuad Gergasi Merah mempunyai kelebihan selepas perlawanan ke-11 berdepan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan Rabu lalu dibatalkan dan akan berlangsung pada tarikh yang akan diberitahu…










