KUALA LUMPUR 11 Mei – Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menyifatkan penolakan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai sesuatu yang mengejutkan dan di luar jangkaan.
![]() |
|
S.SUBRAMANIAM
|
Sambil melahirkan rasa kecewa, beliau menjelaskan BN ditolak mungkin disebabkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap beberapa isu di negara ini.
“Walaupun kita menyedari isu-isu negara yang boleh menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah rakyat Malaysia, sejauh mana ketidakpuasan hati itu kita remehkan.
“Gelombang anti-BN dalam pilihan raya ini sama seperti tsunami politik 2008,” katanya menerusi laman akaun Facebook miliknya semalam.
Tambahnya, walaupun kecewa, beliau menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. – UTUSAN ONLINE











