PONTIAN 30 Mei – Dodol yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu sejak dahulu masih mendapat sambutan hangat walaupun semakin berkurangan golongan yang mahir menghasilkannya. Namun, kuih tradisional tersebut bukan hanya disajikan pada musim perayaan, khususnya Hari Raya Aidilfitri, malah turut menjadi hidangan pada hari-hari biasa kerana mendapat permintaan bagi majlis-majlis lain seperti perkahwinan dan sebagainya. Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi sudah tentu permintaan terhadap dodol dijangka meningkat…










