Kedah yakin harungi perlawanan lebih mantap dengan penyerang baharu - Utusan Malaysia

Kedah yakin harungi perlawanan lebih mantap dengan penyerang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Pengendali pasukan Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusoff yakin mampu mengharungi perlawanan akan datang dengan lebih mantap berikutan kemasukan penyerang baharu dari Brazil, Paulo Rangel dalam tempoh terdekat ini.

kedah
Mohd. Nidzam

Tanpa menyebut bilakah pemain itu dapat diturunkan, Mohd. Nidzam berkata, yang pasti pemain dari kelab Nakhon Ratchasima FC di Bangkok, Thailand itu yang akan menggantikan Pablo Pallares sudah berada di Alor Setar dan akan turun menjalani latihan memperkemaskan bahagian jentera serangan bermula Khamis.

“Kita pasti akan menambah kekuatan kerana Paulo Rangel mempunyai fizikal cukup baik dan ada pakej ketinggian serta segala teknik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita lihat dengan video-video yang kita tonton dan beliau amat sesuai dengan corak permainan pasukan Kedah.

Sekarang dia dalam peringkat akhir untuk didaftarkan dan bermula Rabu (hari ini) proses pendaftaran  bermula dan kita cuma menunggu kebenaran pelepasan dari kelab beliau dan kita harapkan Paulo dapat diturunkan bergandingan dengan Sandro Da Silva, Alvaro serta Liridon Krasniqi pada 26 Mei ini dengan Selangor,” katanya kepada pemberita di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi.

Mengenai perlawanan menentang Selangor nanti, Mohd. Nidzam masih berkeyakinan dapat mengutip mata penuh walaupun terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan, Khairul Helmi Johari yang akan digantung perlawanan. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN