SAUDARA PENGARANG, BEBERAPA bulan lalu saya ada mengemukakan aduan mengenai Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) kampus Rembau di Negeri Sembilan yang kurang menjual makanan. Selepas aduan itu, Alhamdulillah pihak UiTM telah mengambil langkah segera dengan memastikan lima buah gerai yang berada di medan selera di kampus itu dibuka semuanya. Malangnya, bagaikan hangat-hangat tahi ayam, sejak masuk semester baharu ini, medan selera di kampus itu kembali sepi tanpa banyak pilihan makanan. Hanya…










