JPNS mulakan siasatan dalaman kes pelajar maut jatuh bangunan sekolah

JPNS mulakan siasatan dalaman kes pelajar maut jatuh bangunan sekolah

KENDERAAN Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) meninggalkan kawasan sebuah sekolah menengah di Sendayan, Seremban selepas menjalankan siasatan berhubung insiden seorang pelajar perempuan yang dilaporkan maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah itu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) telah memulakan siasatan dalaman berhubung kematian seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga di sebuah sekolah di Sendayan di sini pagi tadi.

Jabatan itu memaklumkan, siasatan itu dijalankan bagi meneliti setiap perkara yang berkaitan dengan kejadian berkenaan, selain memberi kerjasama penuh kepada pihak polis yang sedang menjalankan siasatan.

Menurutnya, kejadian tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

“JPNS juga telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti setiap perkara berkaitan. JPNS dan semua pihak berkaitan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan sama, keutamaan ketika ini adalah memastikan bantuan terbaik disalurkan kepada keluarga mangsa, selain menyediakan sokongan psikososial kepada seluruh warga sekolah yang terkesan.

JPNS turut memohon semua pihak agar memberi ruang dan menghormati sensitiviti keluarga yang sedang berhadapan situasi sukar tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN