Kakitangan tetap SPAD bersyukur diserap kerja di JPJ - Utusan Malaysia

Kakitangan tetap SPAD bersyukur diserap kerja di JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kira-kira 800 kakitangan bertaraf tetap di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan diserap ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pengumuman pembubaran suruhanjaya itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, JPJ ketika ini mempunyai kira-kira 1,000 kekosongan jawatan dan ia akan diisi kakitangan tetap daripada SPAD.

“Semua kakitangan tetap tidak perlu risau atau bimbang. Mereka tidak akan disingkirkan atau diberhentikan. Peranan SPAD akan diambil alih oleh Kementerian Pengangkutan terutamanya melalui JPJ. Mereka (kakitangan SPAD) ini boleh mengisi kekoso­ngan perjawatan di JPJ ini terutama di bahagian penguatkuasaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi mana-mana perjawatan yang ada pertindihan, kami akan buat keputusan kemudian,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi JPJ di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini