Kadar taburan hujan banyak punca banjir di Kerian - Utusan Malaysia

Kadar taburan hujan banyak punca banjir di Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI – Punca banjir di beberapa buah kampung di daerah Kerian adalah  berikutan jumlah taburan hujan yang banyak di bahagian hulu sungai di Ijok, Selama dan Pondok Tanjung sejak beberapa hari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd. Sabli Bakri berkata, keadaan itu menyebabkan paras air Sungai Kerian naik secara mendadak seterusnya mengakibatkan banjir sejak Jumaat lalu.

“Paras air semakin meningkat dan memasuki rumah penduduk dengan paras sehingga 0.7 meter seterusnya memaksa mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya kepada pemberita di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di sini hari ini.

Seramai 38 mangsa daripada sembilan keluarga dari enam kampung kini menghuni PPS di SK Changkat Lobak sejak semalam.

Enam kampung terbabit ialah Kampung Matang Tengah, Kampung Selekoh, Kampung Parit Simpang Empat dan Kampung Parit Simpang 5, Kampung Tebuk Panchur dan Kampung Samagagah. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini