PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sendirian Berhad atau lebih dikenali sebagai Perodua merupakan syarikat pengeluar automotif terbesar Malaysia selain Proton. Ditubuhkan pada tahun 1993, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Kenderaan pertamanya, Perodua Kancil telah dilancarkan pada Ogos 1994. Syarikat itu menghasilkan kereta mini serta supermini. Modelnya berbeza dengan segmen pasaran Proton. Perodua Myvi ialah kereta segmen B yang dihasilkan sejak tahun 2005. Myvi yang berasaskan…










