Jeffrey tidak kelihatan di Wisma Pertanian - Utusan Malaysia

Jeffrey tidak kelihatan di Wisma Pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan tidak hadir di pejabat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah di Wisma Pertanian di sini hari ini.

Beberapa petugas media turut berkumpul di lobi Wisma Pertanian seawal pukul 8 pagi selepas dimaklumkan Jeffrey akan mempengerusikan mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan yang dijadualkan pada pukul 10 pagi.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! setakat pukul 1 petang tadi mendapati Jeffrey yang dilantik sebagai  Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan di bawah pimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak kelihatan di kementerian terbabit.

Menurut sumber, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan itu sudah diberi peringatan supaya tidak menjalankan tugas ‘menteri’ memandangkan Musa bukan lagi Ketua Menteri Sabah.

“Saya jangka Jeffrey tidak akan hadir kerana sebelum ini beliau pernah diminta beredar meninggalkan bangunan (Wisma Pertanian) oleh anggota polis bertugas,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Terdahulu, kelmarin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memaklumkan tiada seorang pun menteri Kabinet tidak sah dibenarkan masuk di mana-mana kementerian tanpa kebenaran pegawai kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×