Jawatan tertinggi UMNO akan dipertandingkan - Utusan Malaysia

Jawatan tertinggi UMNO akan dipertandingkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kesemua jawatan tertinggi dalam UMNO termasuklah Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta ke­tua sayap akan dipertandingkan pada pemilihan parti yang bakal diadakan kelak.

Pemangku Presi­den UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua jawatan dalam parti itu bebas untuk dipertandingkan se­perti yang termaktub dalam perlembagaan dan peraturan UMNO.

“Jadi tidak timbul soal tiada pertan­dingan dalam jawatan ter­tinggi UMNO. Kami mahu jawatan ini ditandingi sesiapa sahaja yang berkelayakan dan mengikut perlembagaan parti.

“Kepimpinan dan ahli-ahli UMNO yang berhasrat menawarkan diri bagi merebut jawatan peringkat nasional serta bahagian perlu berdaftar secara online bermula 1 hingga 17 Jun depan,” katanya

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN