Jawatan Guan Eng belum muktamad - Utusan Malaysia

Jawatan Guan Eng belum muktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Mei – Kedudukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang baharu kini menjadi tanda tanya selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa jawatannya sebagai menteri kanan dalam kerajaan belum muktamad.

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Dr. Mahathir ber­kata, kedu­dukan Guan Eng hanya akan diketahui selewat-lewatnya da­lam minggu ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi menunggu laporan penuh daripada pihak mah­kamah berhubung kes rasuah dihadapinya.

“Saya baharu sahaja mena­makan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, beliau belum lagi angkat sumpah dalam jawatan itu.

“Kita tunggu dahulu bagai­mana,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status Guan Eng yang sedang berhadapan kes rasuah berhubung pembelian banglonya yang didakwa di bawah harga pasaran dan penukaran sebidang tanah.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkan pelantikan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan; Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan Moha­mad Sabu (Menteri Pertahanan) belum muktamad dan masih dalam perbincangan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Abdullah ketika ditemui berkata, pihaknya tidak mahu melanjutkan lagi isu yang ditimbulkan oleh Rafizi.

Malah, beliau juga enggan mengulas lanjut sama ada PKR bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR itu.

“Bukan isu setuju atau tidak tetapi kita mahu move on,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×