Isu video tular, iktibar terbaik buat Syafiq Kyle - Utusan Malaysia

Isu video tular, iktibar terbaik buat Syafiq Kyle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 29 Mei – Buat pertama kali sejak video lucah membabitkan Syafiq Kyle, 26, tular semalam, pelakon itu mengakui, kontroversi berkenaan menjadi iktibar terbaik buatnya dalam menempuhi ujian bergelar anak seni.

Memuatkan artikel berkaitan…
 

Assalamualaikum ✨

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Syafiq berkata, penularan video tersebut diharap mematangkan dirinya pada masa hadapan.

Dalam masa sama, dia memerlukan sedikit masa dan ruang untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapinya.

“Saya ingin menzahirkan sejuta penghargaan terima kasih atas keprihatinan semua pihak dan sokongan berbelah bahagi dalam menempuhi ujian ini.

“Ini merupakan pengajaran terbaik yang boleh memberi iktibar dan akan mematangkan saya pada masa hadapan.

“Saya perlu menyelesaikan kesulitan ini dengan amat cermat dan berhati-hati,” jelasnya panjang lebar.

Tambahnya, dia dan pihak pengurusan sedang mengenal pasti jalan penyelesaian terbaik dengan pelbagai pihak agar dapat dimuktamadkan segera.

“Justeru, bagi menghormati bulan Ramadan yang mulia ini, diharap perkara ini tidak dipanjangkan lagi,” katanya.

Syafiq juga menjelaskan, syot layar (screen shot) mengenai terdapat seorang individu dikatakan menjadi dalang di sebalik insiden yang berlaku adalah palsu dan tidak benar sama sekali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini