Industri kereta perlu dikawalselia - Utusan Malaysia

Industri kereta perlu dikawalselia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAIMANA diketahui umum, meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual adalah satu keperluan dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan peniaga terbabit dikenakan hukuman.

 

Bagaimanapun, lain pula

Memuatkan artikel berkaitan…

dengan industri kereta terpakai yang seolah-olah bermaharajalela

meletakkan tanda harga tetapi menjual kenderaan yang didagangkan pada harga lain daripada yang dipamerkan.

Apakah ini tidak menyalahi

peraturan dan undang-undang? Sebagai contoh, peniaga akan meletakkan tanda harga RM40,000 untuk sebuah kereta terpakai.

ADS:D

Apabila pembeli menyatakan minat, peniaga akan mula ‘membuka harga sebenar’ kereta yang mahu dijual dengan menambah kos insurans, cukai jalan, pemprosesan, cukai

perkhidmatan dan jualan dan

adakalanya caj perjanjian

mendapatkan pinjaman bank.

Kita faham kos insurans dan cukai jalan adalah wajib dan ini bukan isu yang dipertikaikan tetapi yuran pemprosesan dan caj perjanjian pinjaman bank ialah lubuk syarikat-syarikat menjual kereta terpakai ini ‘bermain harga’ terhadap kereta diniagakan.

Umpamanya caj pemprosesan dibuat mengikut sesuka hati syarikat menjual kereta bermula dari serendah RM1,000 sehingga RM4,000 bergantung kepada jenama kereta dijual sedangkan kita semua tahu kos untuk melakukan pemeriksaan kenderaan di Puspakom hanya RM150 manakala kos tukar nama juga RM150 sahaja dan upah

runner RM100.

Paling teruk, ada syarikat

penjual kereta terpakai

ini mengenakan caj untuk

mendapatkan pinjaman bank

(loan agreement fees) sehingga RM1,000, sedangkan kita semua tahu jika membeli kereta baharu, pegawai bank akan datang ‘berlari’ untuk mendapatkan tandatangan peminjam untuk berurusan dengan mereka tanpa sebarang caj.

DIN VROOM VROOM

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN