Iftar: EPIC raikan lebih 1,000 tetamu. - Utusan Malaysia

Iftar: EPIC raikan lebih 1,000 tetamu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 29 Mei – Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad menganjurkan Majlis Iftar Ramadan Kakitangan EPIC Bersama Anak Yatim dan Miskin di Pengkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (KSB) di sini petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis itu berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran hampir 1, 400 orang tetamu yang diraikan termasuk seramai 520 orang pelajar daripada 13 buah sekolah di sekitar daerah ini.

Pengerusi Kumpulan, Datuk Tengku Mahamad Tengku Mahamut berkata, majlis tersebut diharapkan dapat memberi lebih penghayatan kepada kakitangan serta jemputan tentang betapa pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat

“Melalui program ini EPIC turut menyampaikan sumbangan zakat bernilai RM52,000 kepada 520 orang pelajar yang diraikan,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Penyerahan zakat disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.

Selain wang tunai RM100 seorang mereka juga turut dibekalkan dengan cenderamata dan kuih raya sumbangan anak syarikat kerajaan negeri itu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor; Ketua Pegawai Operasi EPIC, Wan Shukri Mohammad dan Pengurus Besar Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat EPIC, Abdul Adzim Abdul Hamid.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, majlis diisi dengan ceramah agama, bacaan yasin, tahlil dan selawat di samping persembahan nasyid, qasidah dan alunan zikrullah oleh kumpulan Seedrain.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini