MONTREAL 22 Mei – Zlatan Ibrahimovic menerima kad merah pertama dalam Liga Bola Sepak Utama (MSL) sebelum Los Angeles Galaxy tewas 0-1 kepada Montreal Impact sekali gus menjadi kekalahan keempat berturut-turut.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan Ola Kamara pada minit ke-75 dan kekalahan itu juga menyebabkan Galaxy menghuni tangga pertengahan liga.
Ibrahimovic diarah keluar padang pada minit ke-41 selepas pemain berusia 36 tahun itu menampar muka pemain Montreal, Michael Petrasso. Insiden itu berlaku selepas Petrasso secara tidak sengaja memijak kaki Ibrahimovic. Petrasso menerima kad kuning. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











