Ibarat ‘awak bunuh saya dan esok awak bagi rumah tanda maaf’ - Pelanggan - Utusan Malaysia

Ibarat ‘awak bunuh saya dan esok awak bagi rumah tanda maaf’ – Pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Kenyataan permohonan maaf disusuli pengumuman menyediakan juadah berbuka puasa percuma pada 31 Mei ini yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Restoren Raj’s Banana Leaf semalam mendapat perhatian masyarakat setempat khususnya mereka yang menjadi pelanggan tetap di sini.


Menurut seorang pelanggan, Datuk Rakesh Sachdev, 50, tindakan tersebut dilihat tidak wajar dan tidak boleh dipandang mudah sebagai ganti kepada kesalahan yang dilakukan.


“Hari ni awak bunuh saya, esok awak bagi rumah kepada saya sebagai tanda maaf. Adakah ia wajar dan akan dimaafkan?


“Soal untuk bagi juadah dan makanan berbuka secara percuma ialah satu perkara biasa, namun pihak restoren perlu mengambil berat soal kebersihan yang tidak dijaga serta membahayakan kesihatan orang ramai.


Sementara itu, seorang lagi pelanggan, Bharti Doshi, 60, memberitahu suaminya pernah mengalami keracunan makanan dan sakit perut selepas makan di restoren tersebut.


“Dulu suami saya suka makan di sini, tetapi suami saya dah bertukar ke restoren lain kerana dah berkali-kali sakit perut selepas makan di sini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN