Harap bonus diumum awal, mudahkan perbelanjaan Aidilfitri - CUEPACS - Utusan Malaysia

Harap bonus diumum awal, mudahkan perbelanjaan Aidilfitri – CUEPACS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan tarikh pemberian bonus lebih awal kepada semua penjawat awam di setiap peringkat bagi memudahkan mereka membuat perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya turut mengalu-alukan sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk memberi bonus Hari Raya Aidilfitri tersebut pada nilai melebihi RM500.

“Kami di CUEPACS berharap pemberian bonus ini dapat dilakukan secepat mungkin bagi memudahkan penjawat awam untuk membuat persiapan Aidilfitri.

“Ini kerana, jika bonus tersebut dapat diberikan lebih awal, ia pasti memberi kelegaan buat semua penjawat awam khususnya bergaji rendah,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan akan memberi bonus kepada 1.6 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri.

Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, jumlah bonus tersebut masih belum dimuktamadkan lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini