Haqiem Rusli rancang sambut Aidilfitri di Sydney - Utusan Malaysia

Haqiem Rusli rancang sambut Aidilfitri di Sydney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei- Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli merancang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini di luar negara.

Menurutnya, dia akan meraikan sambutan lebaran di Sydney, Australia dengan membawa ibunya bersama-sama.

“Berdasarkan rancangan, ini bakal menjadi pengalaman kali pertama saya sambut hari raya di luar negara. Buat masa ini saya belum beli tiket penerbangan lagi, hanya perancangan, cuma kalau jadi saya akan berada di sana beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri,”katanya.

Ditanya mengapa memilih Sydney, Australia sebagai lokasi untuk menyambut hari raya tahun ini, kata Haqiem ini juga adalah sebagai hadiah buat ibunya.

“Sebelum ini saya ke Sydney tidak membawa ibu, jadi kali ini saya sudah berniat untuk membawanya bersama. Adalah satu kepuasan sebenarnya sebagai seorang anak untuk berkongsi apa yang kita ada kini,” katanya ketika ditemui pada majlis Mydin memperkenalkan lagu hari raya berjudul Girang Syawal Tiba semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN