KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dikatakan bakal menerajui unit perisikan Polis Diraja Malaysia dengan membuat kemunculan semula hari ini. Abdul Hamid dipercayai menggantikan Pengarah Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff yang sepatutnya tamat perkhidmatan pada September depan. Beliau yang telah berkhidmat dengan pasukan polis selama 37 tahun itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2015…










