Guru agama, pengurus jenazah dihargai - Utusan Malaysia

Guru agama, pengurus jenazah dihargai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 29 Mei – Kerajaan negeri akan terus menghargai jasa-jasa guru al-Quran sukarela dan pe­ngurus jenazah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau mahu ilmu dan kemahiran golongan tersebut dikenang oleh semua peringkat walaupun kini pembelajaran agama dikuasai oleh penggunaan teknologi.

“Kini peranan mereka makin mengecil kerana ada Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF), namun saya mahu peranan mereka terus diberi tempat dan dihargai.

“Sehubungan itu, saya meneruskan tradisi yang pernah dilaksanakan dahulu dengan memberi sumbangan kepada mereka setiap kali Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas berbuka puasa bersama penduduk Kampung Weng, Mukim Siong di sini semalam.

Dalam majlis itu, lebih 100 penduduk termasuk mangsa ba­­njir menerima sumbangan Yayasan Kariah Islam Kedah dan Majlis Agama Islam Baling.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan, Siti Fatimah Soid, 71, menyatakan kegem­biraan terhadap jaminan Menteri Besar itu.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak terlibat dalam memberi sumbangan kepada kami hari ini. Sudah tentu pemberian ini sedikit sebanyak membantu kami membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN