Gunung Merapi kembali ‘mengganas’ - Utusan Malaysia

Gunung Merapi kembali ‘mengganas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 22 Mei – Gunung berapi Merapi memuntahkan abu setinggi 3,500 meter ke udara awal pagi tadi, menyebabkan penduduk tempatan di kawasan berdekatan diarahkan berpindah.

Jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, pihaknya telah menaikkan tahap amaran gunung berapi berkenaan.

“Semua aktiviti pendakian kecuali untuk tujuan penyelidikan, dilarang sama sekali dalam lingkungan tiga kilo­meter dari kawah gunung berapi tersebut,” katanya menerusi teks mesej.

Gunung Merapi telah meletus empat kali sejak kelmarin dan terbaharu pada pukul 1.47 pagi waktu tempatan semalam.

“Ramai penduduk telah dipindahkan dan jumlahnya kian meningkat,” ujar Sutopo Purwo.

Berdasarkan laporan terkini, seramai 660 penduduk tempatan telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Selain itu, menurut Sutopo Purwo, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi bencana wilayah untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan susulan peningkatan tahap amaran gunung berapi itu.

Gunung Merapi yang terletak 28 kilometer di utara Yogyakarta, mempunyai populasi penduduk seramai 2.4 juta dan beribu-ribu orang tinggal di sekitar gunung terbabit. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN